Mahluk Asing/Alien Apakah Ada

Extra Intelligence Terrestrial

Alien…ET atau Extra Terrestrial… saya lebih tertarik menggunakanExtra Intelligence Terrestrial dalam bahasa ibunda Makhluk Asing Yang Bijak. Sejak akhir-akhir ini minat saya tertumpu kepada makhluk di luar dunia ini yang selalu kita sebut sebagai Alien. Apabila membicarakan tentang alien atau makhluk asing,secara langsung terdapat perkaitannya dengan UFO (Unidentified Flying Object) atau  Objek tidak dikenali.

Kajian-kajian oleh para saintis  dan juga berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien  dan juga UFO menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia.

Situasi  ini berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda  dan tidak boleh mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba mencari bukti-bukti lain untuk memenuhi naluri perasaan ingin tahu mereka,

Melalui bukti-bukti yang manusia kumpulkan mereka juga  cuba untuk berkongsi maklumat dan mempengaruhi (influence) orang lain terhadap apa yang mereka lihat atau pengalaman  yang  telah mereka lalui.

Rekod menunjukkan bahawa alien  dan UFO telah mula berkunjung ke bumi sejak zaman ribuan tahun dahulu.  Semenjak dari dahulu makhluk asing telah mengadakan perhubungan secara langsung dengan pendiuduk bumi bagi sesetengah bangsa atau kaum terdahulu mengangap mereka sebagai tuhan. Berdasarkan kepada catatan dan rekod,terbukti bahawa kehadiran makhluk asing ke bumi  telah membawa kepada suatu keadaan yang boleh dikatakan sebagai”technology transfer”, memindahkan teknologi mereka untuk kegunaan manusia di bumi membantu membangunkan peradaban manusia.

Pembinaan pelbagai jenis piramid di seluruh pelusuk duni seperti  The Great Pyramid of Cholula, juga di kenali sebagai di  Tlachihualtepetl  Cholula, Puebla, Mexico, Piramid Agung  atau  Pyramid of Khufu di Giza Mesir,Piramid  Nubian di Meroë , Sudan , pyramid  Hellinikon di Argolid,Greece dan Piramid Bulan atau Pyramid of the  Moon Teotihuacan di Mexico. Selain piramid, banyak lagi peninggalan lama (ancient relic) yang ditemui memperkuatkan lagi  hujah terhadap kewujudan teknologi silam (ancient technology) yang tidak boleh di sangkal oleh manusia zaman moden. Dari manakah teknologi ini datang?

 

Berikut adalah 2 contoh teknologi silam yang masih lagi digunakan pada zaman moden kini dengan sedikit pengubahsuaian.

  • Sistem computer analog (Antikythera mechanism) pertama dipercaya telah di bina kira-kira 150 hingga 100 tahun sebelum masehi

 

 

 


  • Heron (Raja Heron atau Hero of Alexanderia telah menggunakan system pintu automatic ( Aeolipile ) pertama didunia pada abad pertama sebelum masehi.

Selain itu terdapat artifak-artifak dan relik-relik  yang di temui oleh arkeologi  di seluruh pelusuk dunia , boleh digunakan sebagai bukti kehadiran makhluk asing ini pada zaman silam.  Jika benar makhluk asing yang bajiksana ini wujud sejak zaman dahulu  membantu mamperkembangkan tamadun dan kebudayaan silam, adakah kehadiran mereka pada hari ini masih lagi membawa maksud atau niat yang sama atau….?

 

Jenis-Jenis Makhluk  Asing.

Beberapa maklumat tentang Jenis-Jenis Alien yang di ketahui pernah hadir ke bumi. Kesahihannya adalah diragui sementelah tiada bukti-bukti jelas  dan tiada perhubungan secara formal berlangsung yang terbukti sehingga diantara mana-mana kerajaan didunia ini dengan warga alien ini. Walaupun banyak teori konsperasi dikeluarkan namun tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

 

 

Berdasarkan kepada foto-foto diatas, seperti manusia , terdapat pelbagai bangsa makhluk asing yang kita kenali hanya sebagai alien atau alien race’s. Anda kenal satu darinya?

 

UFO, Alien dan Sejarah Peradaban Manusia

 

Lokasi: Gua tolo, Tanzania
Masa: kira-kira 2900 tahun dahulu
Medium: Dinding Gua

Objek berbentuk seperti piring terbang, dan juga beberapa objek bercahaya di bahagian bawah grafiti.

 

Lokasi: Tassili, Gurun Sahara , Afrika Utara
Masa: 6000 tahun sebelum Masehi
Medium : Dinding Gua

Keterangan: Lembaga yang dikenalpasti bukan manusia dan kelihatan juga piring terbang di sudut kiri gambar.

Lokasi : Toro Muerto, Peru
Masa : 12000 hingga 14000 tahun dahulu
Medium: Batu keras.

Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga yang mempunyai kepala yang bercahaya. Kelihatan juga objek kelihatan seperti kapal angkasa.

Lokasi : Querato, Mexico
Masa: 5000 sebelum masehi
Medium: Dinding Batu (Petroglyph)

Keterangan : Kelihatan beberapa lembaga yang disifatkan sebagai manusia mendepangkan tangan terhadap satu objek bercahaya yang dikenalpasti sebagai matahari. Turut kelihatan beberapa piring terbang berada didepan matahari tersebut.

 

Lokasi : Sego Canyon, Utah, Amerika syarikat
Masa: 5500 tahun sebelum masehi
Medium : Batu Keras.

Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga  yang dikenal pasti bukan manusia berdasarkan kepada benuk mata yang besar, seperti yang terdapat pada gambaran aliens pada masa kini.

Lokasi : New Kingdom temple, Mesir ( beberapa ratus batu dari selatan Kaherah)
Masa : Kira-kira 3000 tahun dahulu
Medium: Blok Siling ( Batu yang diukir/tempa)

Keterangan: Amat menakjubkan kelihatan beberapa lakaran tepat kenderaan moden yang amatdikenali pada hari ini seperti helicopter, kapal terbang, glider (Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999)) dan kapal selam

Glider

The tomb of astronout

Lokasi : Palenque,Negeri  Chiapas Mexico
Masa : lebih kurang 650 tahun  selepas masehi
Medium: Ukiran di Batu penutup Makam Pacal (Pakal) Raja Mayan

Keterangan: secara amnya batu ini menceritakan pengembaraan seorang raja selepas meninggal dunia, menaiki sebuah mesin pengangkutan. Mesin tersebut lengkap mempunyai bekalan oksigen alat pemanduan dan juga mempunyai  pedal kaki serta mempunyai muncung roket yang mengeluarkan api di bahagian belakangnaya. Alat pengangkutan ini dikenali sebagai mesin pengembaraan angkasa lepas (Space traveller ) bagi sesetengah pengkaji.

Carl Sagan seorang cendikiawan angkasa lepas apabila ditanya apakah dia percaya akan kewujudan makhluk asing. Jawabnya “If there are only us, the universe is such a waste of space”

Sila rujuk ke galeri untuk melihat lakaran, lukisan dan graffiti manusia purba berkenaan  sejarah lebih lanjut  Ufo, Alien dan Sejarah peradaban manusia.

 

Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia Pada Zaman Pertengahan
-akan datang-

Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia  Zaman Moden.

Pada zaman moden ini pertambungan Alien dan ufo dengan manusia telah kerap kali diperkatakan. Pelbagai bukti berbentuk gambar-gambar fotografi, audio dan visual dikemukakan. Namun begitu manusia masih lagi was-was dan tidak pasti kerana pertembungan tersebut berlaku secara tidak di sengajakan. Terdapat banyak teori konsiperasi berkenaan dengan amalan sesetengah kerajaan pemerintah, terutamanya kuasa-kuasa besar yang sengaja menafikan kewujudan makhluk angkasa yang bijak ini.

 UFO:The Greatest Story Ever Denied

Saya pernah terbaca satu artikel berkenaan kini telah tiba waktunya bagi kerajaan Amerika mendedahkan segala rahsia yang tersimpan lebih 50 tahun berkenaan pertembungan diantara manusia dan makhluk asing kepada rakyatnya dan kepada dunia. The Disclosure Project melalui pengarahnya Dr. Steven Greer telah berjaya mengumpulkan ramai individu-individu profesional  yang berkerja di organisasi-organisasi rahsia  yang bersedia untuk mendedahkan apakah yang berlaku didunia ini sebenarnya. . Dokumentari ini juga menerangkan tentang organisasi di belakang  kerajaan yang amat berkuasa mengawal segala aktiviti kerajaan Amerika syarikat, sehinggakan Presiden Amerika juga tidak berupaya mengawal mereka. Organisasi yang tidak terletak dibawah mana undang-undang atau peraturan ini yang menjadikan segala “event” yang berlaku di dunia ini adalah sesuatu  yang telah dirancang sejak sekian lama semata-mata kerana tamakkan kuasa dan wang. Mereka ini mengeksploitasikan teknologi angkasa lepas yang diperolehi untuk kepentingan sendiri.  Lihat, dan fikir-fikirkan lah…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s